Thursday, January 10, 2008

Dari Komputer Web Mod 10 Jan 08

Kalau korang ada apa-apa komen, cadangan utk posting dari komputer web mod 10 Jan 08 bleh la posts kat sini //web mod

1 comment:

[i] said...

[extract from dari komputer web mod 10 jan 08]

Selamat tahun baru 1429 hijrah kat korang. moga2 kita akan jadi org yg lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. & Allah kasi can utk kita hidup insya Allah lagi setahun extra.

nak recap apa yang jadi dalam seminggu ni terlalu byk tapi yang interesting perletakan jawatan termasuk wakil rakyat kawasannya oleh Chua Soi Lek dengan skandal DVDnye, kanak-kanak hilang & kes kurang minyak masak. Aku rasa ramai yg tabik kat Chua Soi Lek yg berani meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan. Yg lain tu bila lagi? Ada kes yg melibatkan kehilangan jiwa pun diorang masih buat 'dunno' je.

Yg bab kanak2 hilang ni, sapa salah? For me, first mestilah parents sbb diorang yg patut take care and tau kat mana anak2 diorang. Nauzubillah mintak simpang. Aku takde facts tapi mcm mana kes Chua Soi Lek selesai 2-3 hari, tapi kes Nurin sampai sekarang tak settle-settle lagi. Paling kurang takkan la polis tak bleh nak carik sapa yg edar gambar autopsi Nurin. Mesti terubat sket En. Jazimin dan sekeluarga. Kes minyak masak ni aku pun tatau la apa nak jadi, tapi on the bright side kurang sket org kita menggoreng, hahahha tapi it seems sekarang ni byk pengeluar makanan tunjuk 'taiko'... takkan pak lah nak ckp saya tatau, or saya tunggu di'brief' oleh dato sharip apdal? Harga tepung pun naik lambung2, dah la toll dah naik, harga barang naik, time petrol naik aku tatau la rakyat malaysia nak makan apa.

Isu terbaru CCTV. baik or buruk? for me its big fat NO sebab mende ni a spy mode. CCTV ni adalah hasil 'culture' kita yg tak prihatin & 'jgn busy body' attitude. CCTV ni breach of privacy jugak. so tepuk dada tanya selera... KJ dok marah2 sapa yg speculate tarikh pilihanraya walaupun sekarang ni kalau org ckp pasal politik mesti ckp pasal tarikh pilihanraya. Cara KJ ckp tu mcm tarikh pilihanraya ni soooo 'sacred' even pengarah SPR tak bleh ckp!!.Tup tup dah kena mengundi..Sorry to say lah, tarikh pilihanraya ni mcm hari kiamat, takde sapa tau... Sistem demokrasi ke tu?

on ligther note, aku ni suka tengok tennis & minggu depan dah nak start australian open. kalau nak tengok the best of tennis, cari archive utk federer lawan roddick semifinal thn lepas. Mmg federer main paling best masa semifinal & roddick jadi 'sitting duck' dlm game tu. Untuk peminat F1 lagi 2 bulan baru start season tapi korang jgn la start F1 kat jalan plak. Arsenal & Manchester United going strong, & Chelsea suffer sebab African Nation Cup, ramai key players yg takde for at least 4 weeks + injuries.

Again, aku nak ucap selamat menyambut tahun baru 1429 Hijrah & harap2 kita bleh jumpa more often this year.

//web-mod

p/s - ANSARA Cawangan Taiping buat dinner sempena 25 thn MRSM Taiping kat Sunway. Dinner RM200.00 per person. Jom!!

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai