Hari bersama web-mod.. outstation ke Penang
26 July 2007
Dah settle cheques signing (kalau tak buat hari ni, hari Isnin teruk le aku nak kena lari Shah Alam - KL - Shah Alam), terus masuk toll Jalan Duta… Tengah lepak2 bawak keta, tetiba jam teruk kat Sungai Buloh. Rupanya lori roti gardenia terbalik.. Gardenia penyek anyone?
Tengah dok terak nak lepas traffic, ada 2 black maria lepas… piker gak aku, pesai la black maria sampai dua, baru teringat penjara sg buloh, maybe kes Mongolia tu kot. 2:15 pm aku 'stuck' kat Sungai Buloh, kol 3:15 pm baru aku lepas…
Dekat Tanjung Malim, aku rasa ngantuk giler… (KORANG JANGAN BUAT NI) aku bawak gak sampai ke Tapah. Sampai dalam kol 4 lebih gitu… terus pengsan. Bangun2 dah kol 5 dah.Isi minyak japs, blasah power root tongkat ali dua tin, mata segar bugar le..
Teman aku masa driving – hujan lebat…. Tapi tak seteruk tahun lepas (time tu kira macam ko amik hos bomba tu sembur kat keta & hujan macam tu dari Penang ke KL) gulap gulita
Takde apa2 yang menarik dan tertarik time ni.. aku sampai juru kol 7:30 pm. Lepak2 ngan kawan aku kat Pelita Juru, pastu balik hotel. Aku suruh la sorang minah ni book Gurney kat aku.. time aku nak check in, dia kata nama aku takde dlm list. Aku ckp acu cuba try kat Northam… takde gak… So aku p evergreen, dia kata ada satu je bilik, suite RM680.00….. hehehe nak mampos ngan boss aku kalau aku amik billik ni… Ntah macam mana dia kata ada bilik deluxe.. Aku stay la kat Evergreen dgn rege RM230.00 per night..internet pree, tu yg aku rasa rege pun mahai sket
bilik tidur
bilik air
Aku rasa ok la tapi price dia mahal sket compare Gurney ngan Northam. Aku baru sedar akunya bilik sea view, tapi takde apa nak tengok pon…
Tapi sempat gak la aku amik gambo. Bilik tingkat 15.
view area tanjung bungah, kanan sket tu nak masuk area Feringghi
view belah kanan bilik aku... laut semata...
Lepas meeting kat Free Industrial Zone III, aku kena hantor boss aku p Northam plak… pergh kol 4:30pm aku tengok kat Penang Bridge, traffic STATIC… huhuhu mcm mana la aku nak balik nih… Nasib baik traffic ke Northam / Georgetown ok.. Lepas Northam aku blasah ke jeti.. punya queue panjang, aku pun amik lane kanan.. hahah cutting beb… nasib baik Polis takdak. Diorang dok kalut tahan motor. Selamba kodok aku potong queue, tapi lama gak nak tunggu dpt masuk feri.
queue beb... ni lepas aku 'cutting' hehehe
jambatan pulau pinang, dari jauh..
sewaktu ketika dulu, komtar ni kira top dog shopping mall.. now gurney plaza & bukit jambul plaza dah take over
Sampai kat Butterworth abang aku yang nak tumpang aku ke KL plak kata dia stuck kat opis, boss suruh wat kerja. Macam tau je abg aku ni nak outstation. Opis abg aku flexible hours, ko mai la kol brapa, every week ko mesti cukup certain working hrs, blasah la ko nak mai kol 5 pagi, ko abes kol 1 ptg… aku tak sure mcm mana diorang kira OT…
Aku dah siap makan dua round tu, blasah char kuey tiaw & meehun sup … heheh, lapa punya pasal pastu dah solat jamak maghrib & isyak lagi. Masa kat meeting tu chairman meeting hidang nasi goreng. + kari ayam, sayur sawi + sambal sotong.. bedal je la, tapi control la beb… takkan aku nak amik gambo makanan nih, mau kena tempeleng kat boss aku, wakakakka
Bertolak dari Seberang Jaya dekat2 kol 10 gitu, aku sampai ke rumah aku dlm kol 2 pagi sebab aku bantai tido kat Tapah... dah lama tak buat outstation ni, dah tak larat beb.. dunia kata pergi, kubur kata mari... sekian
..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.
jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.
terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....
article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai
4 comments:
Ihsan,
BJC & gureny plaza memang tak over KOMTAR..
Tapi skrang yg top QUEENSBAY Mall...depa take over BJC plak :)
Lain kali pi Penang cuba try NASI AYAM MISAI..sedapppppppppp
kat mana nasi ayam misai?? ni dia letak misai dia ke dlm sup...... hahaha
dah ada byk branch..
yg aku tau kat Bayan Baru dan Teluk Kumbar..
Misai tu trademark owner dia(misai tebal)..so nama company dia skrg officially NASI AYAM MISAI.
kalau kau kat area Bayan Baru, gi kat food court sebelah masjid baru tu
hari tu mmg aku dok solat jumaat kat situ... takpe la, there is always next time
Post a Comment