Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
“Tak tahu bertanya,
Sesat jalan nanti merana,
Tutup mata tutup telinga”
– Bahalol, XPDC (Album – Kita Pengyu)
Ramai yang menggunakan internet hari ini. Masing-masing dengan tujuan tersendiri. Ada yang sekadar ingin memeriksa email, berhubung dengan sahabat-handai yang jauh di mata dekat di hati, membaca berita dan lain-lain lagi. Semenjak diperkenalkan pada penghujung milenium lepas, internet kini telah berkembang dengan pesat sesuai dengan tarafnya sebagai teknologi komunikasi terbaik; murah, akses yang mudah dan pelbagai fungsi.
Sesuai dengan tujuan penciptaan asal internet iaitu untuk memudahkan komunikasi dan perkongsian data antara-universiti, kini jaringan yang kecil itu telah berkembang ke seluruh dunia. Akan tetapi tujuan asalnya yang murni masih lagi kekal sehingga hari ini. Walaubagaimanapun, sedih sekali apabila jaringan perkongsian ini telah dicemari dengan pelbagai anasir kapitalis yang menggunakannya untuk menyebarkan ideologi bahawa orang perlu membayar untuk memperolehi perisian atau sekadar mendapatkan bahan-bahan ilmiah mahupun hiburan. Lantas seperti di dalam dunia realiti, orang berada akan memandang jijik akan perbuatan golongan marhein mendapatkan fail-fail secara percuma dari internet. Penulis ingin menekankan di sini bahawa golongan yang mendapatkan bahan-bahan pornografi sewajarnya dipandang hina.
Akan tetapi, bagaimana jika seseorang yang memuat turun perisian yang berharga beribu-ribu ringgit sekadar untuk kegunaan sendiri. Iaitu beliau menggunakan peluang ini untuk memajukan kebolehan diri dengan menguasai perisian-perisian tersebut dan seterusnya boleh menggunakannya untuk membebaskan diri dari belenggu perlumbaan tikus. Atau beliau hanya memuat turun cerita wayang atau lagu-lagu sekadar untuk hiburan. Maka perlukah lagi dia membelinya dari penjaja haram atau penjual sah yang pastinya mengenakan harga yang menekan.
Ah, sedarkah kita bahawa tak kira berjuta transaksi muat turun berlaku setiap saat, filem-filem Hollywood dan Bollywood tetap mencapai keuntungan beratus juta, artis-artis barat masih mampu menghiasi diri dengan “bling-bling” pada gigi,celana dalam, selipar jepun malah tindik telinga anjing mereka. Apakah mereka tak cukup mewah lagi maka kita perlu memberi mereka makan. Oh, kalau begitu mereka mengalihkan persoalan kepada produk tempatan? Penulis berpendapat muat turun daripada internet langsung tidak memberi signifikasi impak kepada kemunduran kualiti produk tempatan. Malah, sekiranya pendedahan kepada teknologi terkini dibuka kepada kesemua rakyat, maka masyarakat akan menjadi lebih bijak dalam penilaian dan pemilihan. Mungkin ini yang tidak dimahukan oleh golongan berada.
“Hey bonggol, banyak bonggol,
jangan sondol, nanti terlanjur,
Hey, bengang, dah lama bengang,
sudah tak boleh nak buat apa,
aku tak nak jadi soh chai, tak nak jadi soh chai”
Tak Nak Jadi Soh Chai, XPDC
Maaf, sekali lagi penulis membawa kepada pendahuluan yang berjela-jela. Apa yang ingin disampaikan cuma penulis ingin memperkenalkan komuniti perkongsian maklumat yang bebas dari rantai besi peraturan sivil yang dicipta oleh manusia-manusia yang lemah. Selepas Napster bersemadi, kini telah muncul komuniti yang lebih mantap lagi iaitu torrent.
Di dalam komuniti torrent, memuat turun data adalah terus dari pengguna-pengguna yang bersedia berkongsi bersama-sama dengan semua ahli komuniti. Ini bermaksud tidak ada lagi muat turun dari server atau situs-situs tertentu. Apa yang perlu dilakukan adalah pengguna memuat turun dan memasang satu robot kecil dari internet ke dalam komputer pengguna. Robot yang dihasilkan oleh pakar perisian internet yang sememangnya pro-perkongsian maklumat hanya memakan sedikit sahaja RAM lantas langsung tidak menjejaskan keupayaan komputer. Robot (perisian) ini yang sangat bijak dan selamat digunakan ini dinamakan sebagai torrent downloader dan antara robot-robot yang terkemuka adalah utorrent, azureus, bittorrent dsb.
Kemudian, pengguna perlu mengakses halaman-halaman yang menyimpan fail rujukan (dengan penghujung nama *.torrent), mencari dan mengambil fail yang diinginkan dan kemudian dengan hanya klik berganda pada fail rujukan tersebut maka proses memuat turun secara automasi berlaku. Pengguna hanya perlu bersabar menunggu sehingga selesai muat turun untuk menggunakan fail tersebut.
Sebagai contoh, penulis yang miskin ini tidak berkemampuan untuk pergi tengok wayang cerita Die Hard 4. Oleh yang demikian penulis hanya menunggu dengan sabar sehingga salinan DVD cerita tersebut dikeluarkan, maka sudah pastinya akan ada pengguna yang baik hati akan memuat naik dalam komuniti torrent. Selepas bersabar kira-kira 3 bulan untuk menunggu salinan DVD yang gambarnya memang cantik, penulis akan mencari dalam situs yang nyata benar mengikut pengalaman penulis yang sudah kira-kira dua tahun menyertai komuniti torrent ini, mencari fail rujukan, membaca komen pengguna-pengguna lain untuk memastikan tidak berlaku perkara yang tidak baik, mengambil fail rujukannya, klik berganda untuk memulakan proses muat turun fail Die Hard 4, dan kemudian bersabar selang sehari dua dengan kelajuan akses 0.5MB, menunggu robot-robot kecil torrent merangkak-rangkak di dalam jaringan lelabah dan membawa pulang isi-isi cerita Die Hard 4 ke dalam PC. Apabila lengkap semuanya. maka hasilnya penulis boleh menonton hero tua, Bruce Willis beraksi sambil makan nasi atau sambil bersenang-senang baring-baring di rumah. Malah sahabat-sahabat pun boleh berkongsi menonton dengan hanya membawa satu CD kosong sahaja. Kemudian setelah dibakar, CD ini boleh ditonton di televisyen dengan menggunakan pemain DVD dengan format terkini.
Bukan sahaja cerita wayang, malah cerita di t.v. juga boleh didapati dengan pantas daripada torrent. Banyak cerita bersiri di t.v. contohnya seperti Heroes boleh didapati sebaik sahaja ia selesai ditayangkan di US. Dengan kata lain, walaupun berada di Malaysia, penulis masih boleh mengikuti kisah pengembaraan Hiro Nakamura tiga bulan lebih awal dari mereka yang menonton di Astro. Bukan hiburan sahaja, malah komuniti muslim sunnah al jamaah antarabangsa turut mempunyai laman perkongsian torrent sendiri yang setiap hari menawarkan pelbagai pengetahuan melalui dokumentari yang sememangnya tidak akan dilihat di televisi tempatan. Ceramah-ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang terkenal seperti Allahyarham Ahmad Deedat, Syeikh Ahmad Jibril, Hamza Yusuf, Zakir Naik (US), Imam Anwar Al Awlaki (Canada) yang sememangnya tidak memerlukan tapisan protokolis propaganda parti berkuasa tempatan juga boleh diperolehi. Yeah, enak sekali.
Secara ringkas, proses untuk pembaca yang ingin menyertai komuniti perkongsian torrent adalah sebegini:
Step 1: Go to http://www.utorrent.com/download.php download and install this software.
Step 2: Run the program – go to Option, Preference, Download,
here you can set where to put the downloaded files. Please create/use two folders. One is for
new unfinished download, and the other one where you want it to be stored when the download
is finish.
Step 3: Go to these trusted site:
http://www.islamictorrents.net/ - register, login, then click to torrent icon, it will show list of files available. There is also a search box here. Click to any files, browse down, search for an underlined bold text that has *.torrent extension, click it, save to folder to download later or set to open with”utorrent” which will be easier as you will immediately put it into the utorrent software.
http://www.mininova.org/ - no registration required. Follow instruction at no. 1.
(movie,ebook, software etc)
http://btjunkie.org/ - no registration required. Follow instruction at no. 1.
(best movie site)
http://www.eztvefnet.org/frontpage.php - no registration required. Follow instruction at no. 1.
(best tv site, always the latest, so be quick to download because if you wait for two or three
days, seeders will be low and it will take much longer time to complete downloading)
http://www.xtvi.com/index.php?mode=&id= - no registration required. Another tv sites.
If your turn on to conspiratorial documentaries, here is a good site.
-
registration required. Sometimes this site got hack by so please wait one or two days for it to recover. It always does. Trust me.
Tips:
Be the one who download early. Check the sites everyday. Cause it will determine the time you'll complete downloading.
Always read others commentaries. Some people are bad. They are offering fake files just to disrupt this nice community. Just remember to download video files the extension are *.avi, *.bin, *.mp4, *.mpeg and not other such as *.rar. Normal size for a movie is about 700 – 800MB, download DVD copy for best quality. Usual size of half an hour TV show is around 350MB, which always a good quality (HDTV). Extra careful when you download software, be sure to know what you are downloading, always read the comments. Or you may end with virus/trojan.
Here is also a movie player that is small in size but plays all kind of movies:
Disclaimer:
All sites and softwares stated above are trusted, very useful and had been used by the author for quite some times. Good things in life is free and we share. So, don't be those who oppose, just follow the flow.
-ikhlas-
zenoni denoni
p/s: you can also use older peer to peer (p2p) filesharing community for smaller files, (*.mp3,*.wma) by using ares http://aresgalaxy.sourceforge.net/. Your welcome.
4 comments:
file *.bin dan *.rar tu apa?, file2 lain mcm *.avi, *.mpeg tu aku penah la dgr, kalau lagu mp3 pun ada ke dlm torrent ni, aku biasa cari dlm limewire aje lagu
Good one Zaini! any difference with "bearshare"? My fren use it to download movie..
rar tu mcm winzip, kena un-rar pakai software. *.bin tak pernah dengar lagi.. bin laden kot hahahaha..
any p2p ni sama je tapi ada steng tu come with spyware. yg mana satu tu aku tak sure lah.
aku pakai bittorent. website aku biasa cari http://www.mininova.org...
perisian winrar & winzip banyak digunakan untuk membungkus data dalam satu paket. dengan itu data tidak mudah tercicir. banyak lagi perisian sepertinya tapi diakhiri dengan extension yang berbeza, contohnya *.iso kena pakai perisian lain jika nak dibuka. *a.vi dan mpeg adalah proses format video yang bertujuan mengecilkan saiz video tanpa mengurangkan kualiti. teknologi terkini dalam bhgn ini adalah *.mp4, dimana sebuah cerita selama 1jam1/2 dapat dikecilkan kepada saiz kira2 400MB berbanding format *avi yg akan mengambil ruang 700-800MB. jadi untuk memainkan video dgn format2 yg berbeza, media player yg terbaik adalah vlc media player dan ianya tidak mempunyai robot pengintai,(spyware/spybot) seperti dalam microsoft media player.
bearshare pula adalah perisian untuk perkongsian maklumat p2p, yg mana agak ketinggalan dan bearshare mengandungi robot pengintai juga. disarankan ares regular untuk pengguna p2p kerana kalau setakat nk cari lagu yg saiznya kecil2an sahaja, tidak perlu menggunakan torrent. bagaimanapun, dlm torrent pun byk lagu2 (satu album) boleh diperolehi dgn mudah.
Post a Comment