Hari tu kata nak suspend whole fleet of any bus operator yg involved in fatal accident. Last week ada satu kat Kelantan, tapi no news on that. Now nak batal ali baba permit... kalau tengok sektor lain pun banyak.. just sebab ada kes bas bukit gantang, kompeni bas jadi mangsa..
Wallahualam
//Mod
Source: Utusan Malaysia Online Oleh: AMRAN AHMAD
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Kerajaan akan membatalkan dengan segera mana-mana lesen atau permit pengendali syarikat pengangkutan yang memperoleh permit tersebut secara ‘ali baba’, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurut beliau, agensinya, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sedang mengadakan aktiviti pemantauan secara serius dan menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara itu pada masa sekarang.
“Kerajaan sedar mengenai kewujudan perbuatan segelintir pengendali firma pengangkutan tempatan yang memperoleh permit secara ‘ali baba’ dan keadaan ini boleh memberi kemudaratan terhadap usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera.
No comments:
Post a Comment