Ok, perubahan radikal utk siswazah menganggur masa depan.. yang sekarang macam mana? Anyway aku rasa setiap orang kena ada mentality nak buat bisness sendiri...
//mod
Source: Utusan Online [read full article here]
PUTRAJAYA 27 Ogos – Sektor pengajian tinggi di negara ini akan mengalami perubahan radikal kesan daripada pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara termasuk menghapuskan sama sekali masalah siswazah menganggur.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, masalah pengangguran siswazah tidak akan wujud pada masa depan apabila pelbagai perancangan dilaksanakan bagi melahirkan siswazah yang memiliki kemahiran teknikal dan komunikasi yang mudah diterima pasaran kerja.
‘‘Kita telah mendapat maklum balas daripada pihak industri yang mahukan sesuatu yang radikal dilakukan untuk mentransformasikan pendidikan negara bagi melahirkan siswazah berkualiti dan ini akan dilakukan melalui pelan strategik itu,” katanya.
[read full article here]
No comments:
Post a Comment