Ilyani Abdullah, 94115, Delima C, 402/502
Bagus ingat no maktab... OK, oleh sebab mrsm taiping ni start form 4, sekolah form 1-3 dulu kat mana?
Sek. Men. Agama Ma'ahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan.
Best & Worst memories masa kat tepen?
Best: Terlalu banyak, antaranya:1) masa form 5, mula2 kena marah dgn cikgu rozita pasal satu kelas tak buat homework addmaths kot - pastu gelak besar sebab tgh marah2 tiba2 cikgu tersasul panggil Meor dgn nama baru MEGAT....satu kelas bantai gelak termasuk cikgu sampai kelas cancel, 2) Minggu xtvt - pasar malam jual popcorn, games etc dan Pesta Limbo Rock kat DB (girls je tau ni). 3) hari grad, sbb first time ternampak beberapa boys yg sebelum ni kononnye 'macho' tapi nangis masa hari last tu....ahaksss...siapa????
Worst: mmmmm.....apa ek? tak byk sgt dan tak ingat sebenarnye. 1) masa form 4, kena study kat luar kelas sebab tak buat homework modmaths (cikgu norliza) sebab demam. ada la bbrp org lagi. 2) satu kelas kena berdiri atas kerusi sebab tak dapat jawab soalan sejarah cikgu majid. malu....
Apa yang paling rindu pasal tepen?
cikgu-cikgi, kengkawan, tempat study belakang/corridor lab & surau, mknn yg best dan berkualiti, kelas 502 yg ceria, environment yg best utk study....
cikgu kesayangan?
cikgu norliza, cikgu rozita, cikgu hamid, cikgu sabariah, cikgu majid, cikgu bla bla bla....semua lah...
Kita dah tinggal tepen 12 tahun lepas, apa mende yg buat sekarang? (kerja,hobi, kelab, etc)
Sekarang tgh sem ke-6 PhD in Maths kat UTM Skudai, attach dengan UMT Terengganu. Hobi: membaca, membaca, membaca dan .....melancong.
Apa pandangan tentang blog tepen9495? ada cadangan yang boleh buat blog ni lagi mantap?
Bagus & menarik.
Cadangan: Rasanya ramai yg baca, tapi segan utk contribute (termasuk diri sendiri). So cuba tarik perhatian yg lain2 utk aktif sama. Caranya? Mmmmm....nk kena brain storming la....
Takkan nak braimstorming jugak, main bantai je asalkan tak offensive. Apa idea untuk kita buat reunion tahun depan sempena MRSM Taiping 25 tahun?
Idea yg menarik. The best tempat adalah di maktab, dan idea moderator utk cari 2 org setiap kelas pun bagus, cuma make sure yg betul2 boleh komited la. Tapi kena start dah sepatutnya dari sekarang, at least dah ada committee. Usaha pertama dan utama adalah get connected semuanya, macam yg homeroom Delima C buat (tapi boleh juga cari thru kelas). Rasanya cari balik cikgu2 yg berkenaan pun penting sbb ada sebahagiannya dah tak berkhidmat dgn maktab (ni boleh minta bantuan management mrsm la).
So moderator....tu jelah kot. Sekian, terima kasih....
No comments:
Post a Comment