Friday, August 10, 2007

interview WAN HAFIZA 503

Interview by Ihsan Pertama, boleh kasi nama penuh, no maktab (kalau ingat la), homeroom dan kelas?
Wan Hafiza Wan Hassan, 94344, Intan B , 403/503
OK, oleh sebab mrsm taiping ni start form 4, sekolah form 1-3 dulu kat mana? SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu, Klate
OOo Sekolah Naim dulu, OK. Ada Best & Worst memories masa kat tepen?
Best - Menangis dgn anak pengetua kat bilik cikgu tajri sbb fail test FIZIK (manis ke tu??) Worst - Duit rm500 lesap dr account giro, BSN
Apa yang paling rindu pasal tepen?
Suasananya yg tenang & sejuk sokmo, yong tau foo kat bomba dan of course kenkawan dan cecikgunya.. Haha, ada geng la nak makan yong tau foo nih.. baguih... Ada cikgu kesayangan? Cikgu rozita sbb panggil nama aku (dgn microphone) dlm lecture hall selepas mengesyaki aku tidur dlm lecturenya (sumpah tak tido)
Ni semua citer pasal tido nih, mmg tak syak lagi Taiping ni memang syok tido... sejuk & nyaman sekali. Kita dah tinggal tepen 12 tahun lepas, apa mende yg buat sekarang? (kerja, hobi, kelab,etc)
jadik cikgu kat jabatan sains FIZIK,Univ M'sia Tganu (UMT). Hobi terbaru skang baca blog ni
(hobi terbaru?? Nikfa punya penangan dah berjangkit dah) Apa pandangan tentang blog tepen9495? ada cadangan yang boleh buat blog ni lagi mantap?
Blog ni sememangnya sudah mantap. Tabik spring dan tq very much to all the moderators for your endless effort.
Terima kasih kat korang sebab sudi baca ntah mende2, hehehe... Apa idea untuk kita buat reunion tahun depan sempena MRSM Taiping 25 tahun?
Emm..,kita wat reunion tu kat Taiping gak la..dan sumer dikehendaki pakai balik uniform sekolah dulu lengkap dgn name tag skali...ehehehehhe. Nak lagi best pakai sports attire baju t-shirt homeroom tu dan sesama panjat bukit larut ;-)
Nak buat pakai uniform tu takde masalah, tapi ramai lagi ke yg muat baju uniform sekolah? hehehhehe, tepuk dada tanya selera :D. Anyway terima kasih kerana sudi di'interview.

No comments:

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai