Monday, August 06, 2007

Menyangkal Fadhilat Bulan Rejab

Jom kita ramai2 puasa bulan Sya'ban. Moga manfaat //Mod Disini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab. [read more here] 1. Sheikh Atiyah Al-Saqr. a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu. Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[3] "Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)." Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]: "tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya'ban.." [read more here]

7 comments:

niefeng said...

untk bulan rejab ni kalau nak puasa jugak boleh, niat puasa mcm bulan lain aje la, ni sama jugak dgn fadhilat solat terawih dan sebagainya, boleh digunakan sebagai fadhilat amal sahaja, tetapi bukan utk berhujah

[web-mod] said...

betul.. nak bagitau je amalan bulan rejab adalah sama dengan amalan bulan lain. Tapi sahabat byk meriwayatkan Rasulullah banyak berpuasa pada bulan Syaban.

Artikel ni utk mengelakkan bidaah bulan Rejab.

Satu lagi, pahala malam-malam solat terawikh juga adalah berdasarkan kepada hadith lemah (daif)... Tolong jgn forward of print bila korang dapat email daripada kawan2. Nanti aku post Menyangkal pahala malam-malam Solat Terawikh...

Takut bidaah pulak..
Wallahualam

niefeng said...

susah nak cite la kalau masuk bab bidaah ni, org kata bidaah tu menuju kesesatan, takut satu aje, nanti bila kita duk sangkal semua bidaah kang, org2 yg baru nak kenal islam (walaupun dia dah lama islam tak semestinya dia baru memeluk islam) akan fed up dan mula la dia gambarkan mcm2 islam ni, susah la, agama yg menjatuhkan hukum sahaja tanpa menunjukkan jalan, yg penting kita menggunkankan hikmah dlm menyampaikan cara,

[web-mod] said...

sad but true, we are the living example...

bola2api said...

aku tengah ganti puasa. rejab ker syaaban ker, belasah je posa.. asalkan settle sebelom ramadan hehe

sorri.. terlari tajuk skit

iklan jap..

Sudah kah anda semua ganti puasa??

Anonymous said...

soalang cepu mas tuh.... kalau kat UK biasa budak2 buat time december.. imsyak kol 6pagi, bukak kol 3ptg...

niefeng said...

heheheehe kan elok ganti semasa bulan syawal dulu, azam tahun ni nak minta org rumah ganti puasa dia awal2 lagi, tahun lpsnya susah sikit nak suruh sbb kena ganti 30 hari huhuhuhuhuh

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai